Tuesday, December 27, 2011

gambar lama


sep 82, tay, aku, samsul, zainurin dan wak gembut


aku, zabidi, arwah saidi, mazlan khamis, zaid, mail dan man bahar.


penulis masa muda belia.


khabib, lrck nordin, mizun, asri, jeff, husin, mazlan, majid,hanif, hassan dan aku.


yang army tu kapt ibrahin dan kapt mokti


mandi manda di pangkor


standby for rounds

Saturday, December 17, 2011

AFATS

Mengimbau Sejarah 40 tahun Sekolah Perantis Tentera
Majalah Perajurit, Julai 2009

Bagi remaja untuk menyarung uniform tentera ketika berusia 16 tahun dan masih di zaman persekolahan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh semua bekas perantis putera yang mendapat didikan di Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera (SPPAT).

Bagi perantis yang baru didedahkan dengan persekitaran dunia tentera yang asing apatah lagi pada usia muda merupakan satu kejutan budaya apatah lagi dengan persekitaran yang dogmatik dengan disiplin yang ketat merupakan satu cabaran baru kehidupan.

Sebagai pelajar yang perlu meningkatkan keupayaan akademik dan pada masa yang sama terperesok di kawasan yang berpagar dan dikondisikan dengan persekitaran dan kurikulum tentera, hidup sebagai perantis tentera adalah satu pengalaman yang berbaur antara suka dan duka, pahit dan manis yang perlu ditempuh dengan tabah.

Latihan ketenteraan selama dua minggu pertama di sekolah adalah bagi mendispilinkan diri dengan pelajaran kawad yang dikendalikan oleh jurulatih tentera yang bersikap tegas dan cara mereka melatih perantis putera adalah sama sebagaimana institusi ketenteraan lain melaksanakan latihan kepada anggota tentera biasa tanpa double standard.

Sebagaimana anggota tentera biasa menjalani latihan di Pusat Latihan Rekrut ataupun pegawai kadet begitulah layanan yang diberikan kepada perantis putera, pendek kata jerkah dan herdik jurulatih tentera adalah asam dan garam yang mula dipelajari perantis tentera sebaik diterima sebagai perantis tentera yang mereka perlu membiasakan diri dengannya.

Itulah mukadimah kepada dunia tentera yang sinonim dengan disiplin dan menghormati masa dan setiap gerak kerja dan susun jadual pengajian disusun begitu ketat agar perantis membiasakan diri dengan prioriti dalam dunia tentera yang akhirnya mereka akan ceburi setelah meningalkan sekolah itu nanti.

Sekolah yang juga dikenali sebagai Armed Forces Apprentice Trade School (AFATS) yang tertubuh pada 1 April 1968 adalah cetusan minda Allahyarham Tun Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu.

Kini setelah lebih 40 tahun berlalu lepasan sekolah yang telah mengalami perubahan daripada segi struktur dan wawasan sekolah telah menyaksikan pelbagai perkembangan dan natijah yang dilahirkan oleh sekolah berkenaan.

Semasa sekolah perantis mula dibuka, ia adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda belasan tahun untuk menjalani latihan akademik, teknikal dan ketenteraan bagi melayakkan mereka untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan teknikal Angkatan Tentera Malaysia.

Tawaran diberikan untuk belajar di SPPAT diberikan melalui surat edaran ke seluruh sekolah di Malaysia bagi mereka yang baru sahaja mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) pada masa itu yang baru memasuki Tingakatan 4.

Calon akan dipanggil untuk ditemuduga di lokasi sekolah iaitu di Kem SiRusa Port Dickson bagi menjalani ujian akademik, fizikal dan pemeriksaan kesihatan dan hanya calon-calon yang berjaya yang akan dipanggil untuk meneruskan pelajaran di SPPAT.

Mereka yang lulus diterima masuk ke SPPAT untuk menjalani kursus pengajian selama 3 tahun yang menekankan pelajaran Bahasa Inggeris pada tahun pertama kerana pada masa itu bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah itu adalah Bahasa Inggeris.

Lokasi asal semasa penubuhan SPPAT adalah bersebelahan dengan Sekolah Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) di Kem SiRusa Port Dickson dan pentadbirannya adalah di bawah kelolaan Sekolah JLJ.

Pengambilan pertama terdiri daripada 60 orang perantis pada tahun 1968 dan mereka berjaya menamatkan kursus selama 3 tahun pada 3 April 1971 dan latihan selama 3 tahun berlangsung sehingga perantis pengambilan ke-10 sahaja.

Mulai pengambilan ke -11 perantis hanya mengikuti kursus selama 2 tahun sahaja namun kurikulum yang dilaksanakan adalah seperti apa yang dilaksanakan untuk perantis yang mengambil Kursus selama 3 tahun.

Pada awal tahun 1982 sekolah telah dipindahkan ke Kem Segenting, Batu 10 Port Dickson kerana jumlah pengambilan perantis telah ditambah dan bagi menampung pertambahan bilangan peserta kursus, satu lokasi baru diperlukan untuk memenuhi tujuan berkenaan.

Pada tahun 1987 pihak TLDM dan TUDM tidak lagi mengambil anggota SPPAT sebagai juruteknik kerana kedua-dua perkhidmatan telah menubuhkan institut teknikal mereka sendiri.

Justeru itu pada 12 Ogos 1988 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) dan melatih perantis untuk Tentera Darat sahaja khususnya Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

Pada tahun 1994, SPPTD telah berpindah ke tempat asalnya di Kem SiRusa dan berada di bawah pentdbiran dan pengurusan Institut Kejuruteraan Tetera Darat (IJED).

Bermula tahun 1968 sehingga 1997 anggota perantis telah mengambil peperiksaan Malaysian Certificte of Eductaion dan kemudiannya Sijil Pelajaran Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1978 hingga tahun 1981 atas keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Ketua Turus Angkatan Tentera, ia telah tidak membenarkan anggota perantis menduduki peperiksaan SPM.

Namun ramai perantis yang dengan inisiatif sendiri telah mengambil peperiksaan SPM secara persendirian dan pada tahun 1982 anggota perantis telah dibenarkan semula untuk menduduki peperiksaan SPM.

Sehingga tahun 1992 latihan sepenuhnya bagi pelajar SPPTD adalah dibahagikan kepada Peringkat Pertama (20 bulan) – Perantis dilengkapkan dengan persediaan SPM/SPMV dan Peringkat Kedua (4 bulan) – Perantis dilatih dalam bidang ketenteraan asas merangkumi silibus rekrut.

Mulai tahun 1992 latihan bagi perantis SPPTD telah dilaksanakan secara integrasi iaitu perantis perlu menduduki peperisksaan SPM dan pada masa yang sama, perantis juga mengikuti kurikulum latihan ketukangan JLJ dalam dalam tred Auromotif, Elektronik dan Mekanikal.

Perantis yang menamatkan sesi akdemik dan ketenteraan akan memilik kelulusan sijil SPM, keterampilan dalam Sijil Kemahiran Tentera Malaysia setaraf dengan tred dalam Kor JLJD danmenjaditentera yang terlatih.

Bermula pertengahan 2003, IJED telah mengadakan program Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan hanya perantis yang mendapat sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM yang layak mengikuti program tersebut.

Di samping itu para perantis juga berpeluang untuk megikuti Kursus Kejuruteraan Avionik dan Kejuruteraan Aeronautikal di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan seteusnya berkhidmat sebagai juruteknik pesawat.

Pada 14 Julai 2001, MenteriPertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan SPPTD dan MTD sebagai salah sebuah Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pertahanan sebagai pelengkap kepada aplikasi perdana Sekolah Bestari di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep yang dilaksanakan adalah mirip kepada Sekolah Bestari Perdana kecuali ia lebih condong dan memberi tumpuan kepada subjek teknikal serta sains dan teknologi dan ia merupakan projek yang dilaksanakan dengan kerjasama British Aerospace Engineering (BAE) dari United Kingdom.

Bermula pada 2009,SPPTD telah mengaplikasikan program pembelajaran Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) dan SPPTD telah menjadi sekolah peneraju dalam mengaplikasikan MPAV sepenuhnya.

Produk terbaru terserlah dengan satu perbarisan sempena tamat latihan perantis siri 40/2007 telah berlangsung di Institut Kejuruteraan Tentera Darat Kem Kampung Sawah Port Dickson pada 18 April 2009 sebagai menandakan usia SPPTD yang kini melebihi 40 tahun.

Panglima Logistik Tentera Darat,Mejar Jeneral Dato’ IR Mohd Salim bin Ali telah mengambil tabik hormat dan memriksa perbiarisan yang terdiri 250 perantis dan menyampaikan amanatnya agar mereka meneruskan usaha untuk meningkatkan ketrampilan mereka di dalam perkhidmatan tentera.

Dalam upacara tersebut Apprentis Sarjan Kanan Mohd Hud bin Mohd Yusuf telah dipilih sebagai Perantis Keseluruhan Terbaik untuk perantis siri 40/2007, manakala Apprentis Ambren bin Padil dipilih sebabagi Perantis Akademik terbaik dan Apprentis Mohamad Amirul bin Ikhsan dipilih sebagai Perantis Ketukangan Terbaik.

Dalam bidang latihan ketenteraan Apprentis Sarjan Mohamad Radzi bin Masuhudi terlipih sebagai Perantis Kawad Terbaik, Apprentis Sarjan Hamzah bin Mohamad terpilih sebagai Perantis Penembak Terbaik manakala Perantis Kecerdasan Jasmani Terbaik jatuh kepada Apprentis Mohd Safuan bin Muhammad Nayan.

Setelah 40 tahun berlalu, perantis yang pada mulanya dilahirkan oleh SPPAT dan kemudiannya SPPTD telah menunjukkan ketrampilan masing-masing dan generasi awal perantis telah mencapai peringkat hingga ke pangkat jeneral di dalam Tentera Darat dan Tentera Laut.

Ramai yang telah menamatkan perkhdimatan di dalam tentera dan sebahagian besar terlibat di dalam bidang perniagaan dan masing-masing berbangga kerana menjadi bekas perantis yang pernah dididik oleh tentera.

Kini bekas perantis mempunyai persatuannya sendiri yang dikenali dengan nama Persatuan Bekas Perantis Putera SPOPAT/SPPTD yang diketuai oleh Dato Hj Kamarudin Janis sebagai presidennya dan di bantu oleh Kol Hj Radzi Ibrahim sebagai Timbalan Presiden.

Menurut Mej Zulkifli Malek (Bersara) yang merupakan setiausaha persatuan, tujuan penubuhan persatuan adalah untuk menyatukan bekas perantis baik yang telah bersara atau masih berkhidmat dengan tentera bagi mengeratkan silaturrahim di antara bekas perantis di seluruh negara.

“AFATS adalah wadah untuk mentarbiyah,melahirkan sahsiyah yang jitu dan ia adalah batu loncatan untuk kejayaan perantis meneroka masa depan mereka,’ kata Mejar Zulkifli.

Pengalaman selama 3 tahun yang digarap di intitusi tentera pada ketika usia remaja cukup bermakna dan suntikan semangat juang di sekolah yang mengadunkan pendidikan akademik dan ketenteraan yang merangkumi fizikal dan sipirtual adalah persiapan yang cukup untuk menghadapi dunia tentera.

Bagi bekas juruterbang jet pejuang F5E TUDM Mokhyiddin Abu Bakar perantis panggilan ke-2 yang berpangkat Lt Kol TUDM semasa berhijrah menjadi juruterbang MAS di Miri, pengalaman dan pendidikan yang diterima di SPPAT adalah amat berkesan untuk melahirkan sahsiyah yang versatil.

Capt Mokhyiddin yang kini menjadi jurulatih penerbangan di sebuah sekolah penerbangan awam di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa diKota Bharu tetap menyanjung SPPAT yang telah melahirkan insan yang berguna kepada diri dan negara.
Hj Sahaludin Osman bekas pegawai TLDM daripada perantis panggilan pertama 1969 yang kini menjalankan perniagaan di Pan Pacific KLIA menyatakan kebangaannya menjaid bekas perantis SPPAT yang kini berusia lebih 40 tahun sebagai premis pertama untuk mengharungi kehidupan dalam tentera.

SPPAT dan kemudiannya SPPTD telah melakarkan sejarah dalam bidang sukan ragbi baik di peringkat daerah Port Dickosn mahupun di peringkat Angkatan Tentera dan ini diakui oleh bekas jurulatih ragbi JLJ Dato Hj Kamaludin Saidon.

Perantis bukan sahaja menunjukkan keterampilan mereka di dalam bilik darjah dan medan latihan ketenteraan tetapi juga dibidang sukan dan ia terus menjadi trade mark SPPAT/SPPTD sehingga hari ini.

Setelah 40 tahun berlalu, dengan pencapaian dan jumlah produk perantis yang dilahirkan baik yang masih berkhidmat dengan tentera atau yang sedang menjalani kehidupan awam, tentera seharusnya akur dan mengakui bahawa hasil didik mereka sebenarnya telah berjaya membina manusia yang bergelar insan.

Sama ada bekas perantis itu memakai uniform atau berpakain awam, mereka adalah testimoni unggul sistem yang pernah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abd Razak pada 1968, dan legasi ini perlu dipertahankan.
Posted by Ramli Abdul Rahim at 8:24 PM


Saya nak tambah sikit, pengambilan cawangan tentera laut telah di mulakan pada 1982 dengan pengambilan pertama seramai 48 apperantis. Perbarisan tamat latihan di adakan di AFATS Port Dickson bersama pengambilan ke 15 afats.hanya 3 pengambilan sahaja di buat di KD PELANDOK.keseluruhan berjumlah kurang dari 150 perantis.